Assalamualaikum...

First of all...welcome to my new blog..
Just started in blog-ing..
One of the reason I make this blog is..I want to use my blog as medium to spread my propaganda about Islam..
I want people to know that Islam is for All...
If God will, I want to be a Hafiz of Quran..Aminn
"Once Allah give us air..it's benefits us thousand years..
Once we believe Islam..Heaven is the promise from Allah for us.."

About Me

My photo
Nama diberi Muhammad Atiq Auji bin Mohd Azman.. Asal org pantai timur.. Harapan yang memang nk sangat dari dulu..Hafiz Al-quran..Amin.. Still sekolah lagi at SMK Pandan Indah..xterkenal pun,but it has thousand memories for me..I'm Mr Debator ok..haha.. Just pass my PMR..n have a good result..Study now for SPM..anything to ask me,just ask me...

Wednesday, 21 December 2011

Tempat Paling Sejuk Di Atas Muka Bumi Allah

Lama dah tak postkan entri pasal apa jua di blog ni. Jadi untuk kali ini ingin berkongsi informasi tempat tempat-tempat paling sejuk dimuka bumi.
Kawasan negara kita yang terletak didalam kawasan iklim tropika sering membuatkan kita mengeluh kerana panas sewaktu pulang dari sekolah atau kerja. Kepanasannya kadangkala membuatkan kita merasakan ingin tinggal dikawasan yang sejuk dan bermain salji. Tapi mungkin setelah kita membaca artikel ini, kita akan berfikir dua kali untuk tinggal ditempat sejuk.
Yakutsk, Rusia

Suhu yang rendah dibandar Yakutsk ini mencecah sehingga negatif 50 darjat Celcius ( -50ºC ), dan biasanya terjadi pada bulan Januari. Meskipun suhunya sangat sejuk, kota ini tetap dihuni oleh ramai orang. Sekurang- kurangnya terdapat 200 000 orang yang tinggal di kota ini.
Oleh kerana suhu dinginnya yang melampau, penduduk disini sering membiarkan enjin kenderaan mereka sentiasa hidup walaupun ketika mereka berhenti di suatu tempat dalam tempoh masa yang lama kerana mereka bimbang minyak bakar kenderan mereka membeku.  
.
North Ice Station, Greenland

Greenland memang terkenal sebagai kawasan paling dingin dibahagian barat bumi . Suhu terendah yang pernah tercatat di Greenland ada di North Ice Station, sebuah daerah pusat penyelidikan milik negara Britain, dengan suhu negatif 66 darjah Celcius ( -60ºC )
.
Verkhoyansk, Rusia

Lapan hari berkenderaan dengan kereta dari Yakutsk, baru kita akan menjejaki Verkhoyansk, yang terletak pada Lingkaran Artik. Terdapat  1 300 orang yang tinggal di wilayah ini, dan sebahagian besar mereka bekerja sebagai pemburu dan menggunakan kereta salji.
Sebenarnya di wilayah ini terdapat banyak emas, tetapi terlalu dingin untuk membuka lombong. Tempat yang dikenali dengan nama “Stalin’s Death Ring” ini hanya boleh dikunjungi semasa musim dingin, ketika tasiknya membeku. Suhu terendah di kota ini adalah negatif 69 darjah Celcius  ( – 69ºC ).
.
Oymyakon, Rusia

Masih dalam wilayah  sama, berdekatan Verkhoyansk dan Yakutsk, Oymyakon yang hanya dihuni oleh 900 orang ini boleh mencapai suhu negatif 71 darjah Celcius ( -71ºC ) ketika musim sejuk. Musim sejuk di sini adalah sangat lama, iaitu kurang lebih selama sembilan bulan. Dalam bahasa etnik Sakha Rusia, oymyakon berarti “air yang tidak beku” 
.
Vostok Station, Antartika 

Ini dia tempat paling sejuk di dunia. Dengan suhu terendah, negatif 89 darjah Celcius ( -89ºC ), Vostok, yang dalam bahasa Rusia bererti “timur”, hanya terdapat  pusat penyelidikan milik Rusia. Mungkin kerana terlalu dingin, tiada   orang yang mahu bermastautin disini.
.“Segala yang ada di langit dan di bumi tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah Al Hasyr : Ayat 1