Assalamualaikum...

First of all...welcome to my new blog..
Just started in blog-ing..
One of the reason I make this blog is..I want to use my blog as medium to spread my propaganda about Islam..
I want people to know that Islam is for All...
If God will, I want to be a Hafiz of Quran..Aminn
"Once Allah give us air..it's benefits us thousand years..
Once we believe Islam..Heaven is the promise from Allah for us.."

About Me

My photo
Nama diberi Muhammad Atiq Auji bin Mohd Azman.. Asal org pantai timur.. Harapan yang memang nk sangat dari dulu..Hafiz Al-quran..Amin.. Still sekolah lagi at SMK Pandan Indah..xterkenal pun,but it has thousand memories for me..I'm Mr Debator ok..haha.. Just pass my PMR..n have a good result..Study now for SPM..anything to ask me,just ask me...

Thursday 30 June 2011

Tempahkan Saya Neraka Ye..

Saidina Ali bin Abi Talib ra. menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis lantas beliau datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis.
Baginda menjawab,
“Pada malam aku diisra’kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan pelbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis kerana menyaksikan mereka melalui siksaan yang sangat berat dan mengerikan siksanya.”
Puteri Rasulullah saw. kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.
Dalam perjalanan itu, Baginda diperlihatkan dengan 10 situasi wanita di dalam neraka, namun pada tulisan kali ini, kita perhatikan tiga keadaan siksaan yang dihadapi oleh para wanita di neraka Allah swt.
Pertama, wanita yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain (yang bukan muhrimnya).
Keduanya wanita yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah wanita yang berhias untuk dilihat lelaki lain (yang bukan muhrimnya) dan suka menceritakan aib orang lain.
Ketiganya, wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah wanita yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang lain melihat akan perhiasannya.
MasyaAllah begitu seriusnya siksaan yang bakal menimpa kepada wanita-wanita yang tidak bersungguh-sungguh menjaga kesolehannya. Sekiranya mereka sedar dan faham akan risiko yang bakal dihadapi di padang masyar kelak apakah akan ada wanita yang berani melanggar suruhan Allah swt. Namun realitinya masih ada wanita yang bersedia menempah neraka untuk dirinya.
Seorang kolumnis majalah Al Manar menceritakan satu kisah tragis yang berlaku pada musim panas di Kaherah Mesir. Musim panas di Mesir merupakan ujian yang cukup berat. Terutama bagi muslimah untuk tetap mempertahankan pakaian kesopanannnya. Terik dan panas berupaya menjadikannya menggadaikan akhlak dan akhiratnya.
Dalam sebuah perjalanan yang cukup panjang dari Kaherah – Alexandria dengan sebuah bas amat memenatkan. Terdapat seorang wanita muda berpakaian kurang sesuai sebagai seorang wanita muslim, dengan mendedahkan auratnya. Oleh kerana dia seorang sahaja yang berpakaian kurang sopan di dalam bas tersebit, lantas dia duduk dihujung kerusi berhampiran pintu keluar. Tentu saja dengan cara pakaian seperti itu mengundang ‘perhatian’ kalau atau dengan bahasa lain dibahasakan sebagai keprihatinan sosial. Seorang lelaki yang separuh tua yang kebetulan duduk berhanpirannya memperkatakan sesuatu kepada wanita itu. Lelaki tersebut menerangkan bahawa pakaian seperti itu boleh mengakibatkan sesuatu yang tidak baik pada dirinya. Di samping pakaian seperti itu juga melanggar aturan agama dan norma kesopanan.
Tahukah Anda apa respon wanita muda tersebut? Dengan perasaan tersinggungnya atas nasihat yang diterimanya dari lelaki tersebut maka dia mengekspresikan kemarahannya. Dia merasakan privasinya diganggu. Hak berpakaian menurutnya adalah hak peribadi seseorang. Lalu dia berteriak:
“Jika memang tuan mahu, ini pensel saya. Tolong tempahkan untuk saya, tempat di neraka Tuhan Anda!! Satu respon yang sangat mengejutkan, bukan sahaja kepada lelaki itu tetapi juga kepada semua penumpang yang lain. Dan lelaki itupun pun hanya mampu beristighfar. Dia terus menggumamkan kalimat-kalimat Allah.
Detik-detik berikutnya suasanapun hening. Beberapa orang terlihat kelelahan dan terlelap dalam mimpinya. Tidak terkecuali wanita muda itu. Hingga sampailah perjalanan dipenghujung tujuan, di terminal akhir bas Alexandria. Kini semua penumpang bersiap-siap untuk turun. Namun mereka terhalangi oleh wanita muda tersebut yang masih terlihat tertidur kerana dia berada dekat dengan pintu keluar.
“Bangunkan saja dia!” begitu kira-kira permintaan para penumpang.
Tahukah Anda apa yang terjadi? Wanita muda tersebut benar-benar tidak bangun lagi. Dia menemui ajalnya. Dan seisi penumpang bas tersebut terus beristighfar, menggumamkan kalimat Allah sebagaimana yang dilakukan lelaki yang duduk disampingnya.
Sebuah pengakhiran yang menakutkan. Mati dalam keadaan menentang Tuhan.
Seandainya setiap orang mengetahui akhir hidupnya….
Seandainya setiap orang menyedari hidupnya akan berakhir pada bila-bila saat pun…
Seandainya setiap orang takut bertemu dengan Tuhannya dalam keadaan yang buruk…
Seandainya setiap orang tahu bagaimana kemurkaan Allah…
Sungguh Allah masih menyayangi kita yang masih terus dibimbing-Nya.
Allah akan semakin mendekatkan orang-orang yang dekat denganNYA semakin dekat.
Dan mereka yang terlena seharusnya segera sedar… ambillah kesempatan untuk berubah saat masih ada peluang.

Thursday 16 June 2011

TIADA LANGSUNG ISTILAH COUPLE DALAM ISLAM..


*Luangkan 5 minit utk baca ye..(^_^)
DIALOG ANTARA USTAZ DAN PELAJAR YANG DITANGKAP KHALWAT
Keterangan: Ikuti dialog oleh satu pasangan yang sedang berkhalwat tertangkap oleh seorang ustaz. Hayatilah intisari dialog ini, dan muhasabahlah diri kita masing-masing.
Pelajar: Kami tidak berzina!
Ustaz: Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.
Pelajar: Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum adakah itu menghampiri zina?
Ustaz: Ya, perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.
Pelajar: Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Ustaz: Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasulullah S.A.W.: “Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan.” (Riwayat Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi, kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.
Pelajar: Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun.
Ustaz: Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja, percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?
Pelajar: Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu zina juga ke?
Ustaz: Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan (berpegang-pegangan), ada zina mata (melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W.: “Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman.” (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada penzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan.
Pelajar: Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!
Ustaz: Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekali pun, kalau tak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebihlah lagi. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?
Pelajar: Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.
Ustaz: Study group? nampak macam lain macam saja. Manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Ke mana-mana pun berdua. Kalau ye pun carilah study group ramai-ramai sedikit. Kalau duduk berdua-dua macam ini.. betul ke bicang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!
Pelajar: Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.
Ustaz: Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak perasan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.
Pelajar: Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
Ustaz: Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.
Pelajar: Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam islam untuk bercinta? Adakah islam membunuh terus naluri cinta?
Ustaz: Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Maka tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Jangan jadi malaikat! kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri nafsu.
Pelajar: Tentu ada cinta secara Islam.
Ustaz: Cinta secara islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin, ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah S.A.W.: “Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah.” (Ibni Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.
Pelajar: Kalau begitu, cinta semua menghampiri kepada penzinaan?
Ustaz: Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian aturkan pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru. Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan? Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda seekor nyamuk sekalipun!
Pelajar: Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.
Ustaz: Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu, Allah memerintahkan supaya diri menjauhi perkara yang ditegah. Takut manusia kecundang.
Pelajar: Jadi manusia itu tak tahan diuji?
Ustaz: Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu, Allah berpesan pada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok Khuldi. Firman Allah S.W.T.: “Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu berdua sukai dan jangan hampiri pokok ini, (Jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim.” (Al-A’araf:ayat 19). Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah, takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan, kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.
Pelajar: Tetapi cinta lepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin.
Ustaz: Boleh percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan pelbagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan haraplah lepas kahwin bila merajuk ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam. Tapi bila dah kahwin lewat 5 minit dah kene tengking. Jadi, perwatakan masa bercinta adalah suatu kepuraan yang hipokrit.
Pelajar: Percayalah kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.
Ustaz: Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapainya tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan cinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai, cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah memulakannya pun sudah canggung. Bagaimana kesudahannya?
Pelajar: Tanya sikit adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta.
Ustaz: Semua itu adalah perangkap syaitan. Hakikatnya sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama. Adik, abang, kakak angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dalam budaya “angkat” ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan.
Pelajar: Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?
Ustaz: Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran maruah atau tidak ditentukan oleh Allah.
Pelajar: Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
Ustaz: Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang menghampiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman: “Lelaki yang berzina(lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula(lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik.Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman.” (Surah an-Nur:Ayat3). Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.
Pelajar: Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang pernah bercinta?
Ustaz: Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.
Pelajar: Kami telah berjanji untuk sehidup semati.
Ustaz: Apa yang ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.
Pelajar: Masihkah ada orang yang tidak bercinta pada zaman ini?
Ustaz: Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah S.W.T.: “Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina) Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.” (Al-Ahzab:ayat 35).
Pelajar: Bagaimana kami?
Ustaz: Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.
Pelajar: Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha.
Ustaz: Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat:
1.Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
2.Menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
3.Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah setelah ijab Kabul.
Pelajar: Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jagaku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa kucurahkan kasihku kepada orang lain. Oh tuhan, hambamu yang berdosa. Amin, Ya Rabb.
Ustaz: Moga Allah terima taubatmu.
Pelajar: Kita berpisah kerana Allah, kalau ada jodoh tidak ke mana.
Ustaz: Ya Allah, bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintuMu, mencari redhaMu, terimalah taubat mereka.
Dipetik daripada Kalam Ukhwah,
Syukbah Penerbitan dan Risalah Perdana,
Kolej Matrikulasi Melaka

Saturday 11 June 2011

Hadir Walimatus Urus jatuh hukum WAJIB jika...

i) Yang dijemput itu bukan khusus kepada orang yang kaya sahaja.

ii) Di dalam majlis walimah tersebut, tidak ada seorang pun terdiri dari musuhnya.

iii) Didalam majlis walimah itu, tidak ada perkara yang mungkar dan maksiat seperti arak, judi dan joget.

iv) Tiada bercampur gaul didalam majlis itu dengan perempuan-perempuan yang bukan mahramnya.

v) Tiada bersamaan atau bertembung dalam majlis tersebut dengan tetamu yang bukan Islam.

vi) Peralatan makan dan minum tidak daripada barang yang diharamkan seperti emas, perak dan sutera.

vii) Tidak diketahui akan wang perbelanjaan itu dari yang haram.

viii) Jika dijemput datang pada majlis walimah tersebut selama 2 hari berturut-turut, maka hanya wajib datang 1 hari sahaja.

ix) Yang menjemput itu dan yang dijemput itu adalah beragama Islam.

Friday 10 June 2011

Pedoman Disebalik Kisah Banduan Akhir...Subhanallah...

Dengar alunan zikrullah diatas sambil baca..InsyaAllah,antum dpt tenangkan fikiran...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Baru-baru ni mak suruh ana baca satu artikel dalam sebuah akhbar, mak cakap “Ambil iktibar dari cerita tu”. Ana jadi heran & tertarik dengan kata-kata mak tu. Tertanya-tanya jugak apa yang buat mak cakap macam tu. Bila ana selesai baca artikel tu terus terpacul kalimah “Subhanallah” dari bibir. Ana harapkan cerita kali ni dapat dijadikan panduan hidup kita semua dalam mengejar kebahagiaan duniawi & ukhrawi.
Mengikut artikel tu, ada sorang banduan yang pernah dipenjarakan di Kem Kamunting atas satu kesalahan. Tak payahla ana nyatakan namanya di sini (ana tak mau catatan ni disalah ertikan) cukupla ana katakan kes beliau terpampang di front page semua akhbar satu ketika dulu. Mesti ada yang pelik bila ana gelar banduan tu “beliau”
kan
? Ana bukan judge beliau dengan title banduan yang beliau galas di dunia, tapi darjat kemuliaannya di sisi Allah s.w.t. Kembali ke cerita tentang banduan tu, sepanjang waktu beliau di penjara, beliau merupakan seorang Muslim yang berdisiplin, kuat beramal, mengaji, solat malam & mempunyai hubungan baik sesama banduan lain. Seminggu sebelum beliau dihukum gantung, Pengarah Penjara menziarahi sel beliau & terkejut kerana terdapat bau yang harum. Malah, ketika pengarah tu balik ke rumah pun, baju beliau masih terbau haruman tu.
Pada malam sebelum banduan tu digantung, beliau berpesan supaya dikejutkan pada jam 4 pagi (beliau digantung Subuh hari Jumaat). Didapati malam tu beliau tidur dengan lena sekali sedangkan secara kelazimannya orang yang akan digantung akan resah & gelisah. So, bila jam dah tunjuk pukul 4 pagi, pegawai penjara pun kejutkanla. Selepas dikejutkan, beliau bangun buat solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur. Beliau sempat berpesan supaya dibawa ke tali gantung ketika sujud syukur. Pegawai penjara pun tunaikan permintaan tu.
Tiba saat untuk digantung, beliau didapati pengsan. Disebabkan masa semakin suntuk, pegawai tetap meneruskan hukuman. Kepalanya disarungkan kain hitam & hukuman dijalankan. Yang mengejutkan para pegawai ialah hukuman tu seolah-olah dijalankan ke atas sebuah anak patung. Mana taknya, tiada jeritan kedengaran dan tiada pergerakan berlaku. Selipar Jepun yang beliau pakai pun tak tertanggal manakala tasbih di tangan tak terlepas dari genggaman. Tali yang digunakan pula tegang tanpa pergerakan seolah-oleh beliau tak meronta. Sebaik saja penutup kepala ditanggalkan, lidah beliau tak terjelir langsung. Subhanallah! Antum tanyala mana-mana pegawai Bilik Akhir sekalipun, mereka akan kata banduan yang dihukum pasti meronta-ronta, menjerit & terjelir lidahnya.
Ada juga pendapat mengatakan nyawa beliau mungkin diambil Allah ketika sujud syukur kerana jari telunjuknya berada dalam kedudukan seperti ketika tahiyat akhir. Pada ana betul @ tak pendapat tu hanya yang Maha Mengetahui dapat pastikan.
Penulis artikel tersebut mendapat bahan ni dari sebuah e-mel. Sebagai seorang yang profesional, beliau tidak percaya dengan melulu cerita tersebut sebaliknya beliau menghubungi abang Allahyarham terlebih dulu. Abang Allahyarham mengesahkan semua yang diceritakan tu. Malah apa yang menyentakkan jantung ana ialah abang beliau mengatakan bahawa lebih seribu orang datang menunaikan solat jenazah untuk Allahyarham.
Kes yang disabitkan ke atas Allahyarham sebetulnya tak pernah terbukti kebenarannya. Senang cerita, semua bukti & alibi menunjukkan kes tersebut langsung tak logik & Allahyarham sebenarnya tidak bersalah. Kenapa beliau ditahan di Kamunting & kenapa beliau dihukum gantung (walaupun tak bersalah), itu ana tak perlu persoalkan. Cukupla sekadar ana katakan bahawa hukuman yang dijatuhkan tu adalah perbuatan pihak yang tak bertanggungjawab & ana memang dari dulu tak pernah percaya dengan kewujudan kes tu. Oh ya, kenapa perkara ni tak dihebohkan dalam akhbar mahupun televisyen tempatan pun, tak perlu ana huraikan. Biarlah Al-Khaliq saja yang menentukan hukuman ke atas individu-individu yang tak bertanggunjawab ni. Yang pasti, Allahyarham walaupun pernah bergelar banduan di dunia (atas kesalahan yang beliau tak pernah lakukan) sekarang sudah berkelana menuju redha Rabnya.
Lihatlah bukti kekuasaan Allah. Dia mampu tunjukkan kebenaran yang cuba diselindungkan hamba-hamba-Nya yang berhati keji. Semoga Allah membuka pintu hati pihak tersebut untuk bertaubat satu hari nanti & semoga kita diberi hidayah melalui artikel ni.

Wednesday 8 June 2011

Aku Bukan Insan Yang Alim....ABIYA

Assalamualaikum...


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi..

Sebelum itu,ana mohon sangat-sangat anta semua play klip diatas...
Bacalah tafsir dibawah dengan mendengar bacaan ini...InsyaAllah,bertambah sedikit Iman kita..


Jika diteliti betul-betul ayat ini, ia menceritakan tentang hari Akhirat.
Di sini Allah SWT menceritakan bahawa ada dikalangan manusia yang tidak menerima ataupun tidak percayakan pada hari Akhirat nescaya azab yang bakal menimpa.Di waktu itu wajah mukminin berseri-seri manakala wajah-wajah orang kafir menjadi muram mengenangkan azab yang bakal menimpa. Di dalam surah Allah SWT mengutuk orang-orang kafir sebanyak 4 kali, iaitu
  1. Pada saat ia akan mati
  2. ketika ia di dalam kubur
  3. pada waktu hari dibangkitkan
  4. di dalam Neraka Jahanam
Di dalam surah ini juga, Allah SWT menekankan tentang solat, iaitu pada ayat ke 31. Rata-rata zaman sekarang sememangnya ramai di antara kita sudah lalai untuk menunaikan solat. Di sini bukannya aku ingin meninggi diri ataupun bongkak, tapi sebagai umat Islam kita seharusnya mengingati dan menasihati antara satu sama lain. Aku kini benar-benar bersyukur kehadratNya kerana telah membuka pintu hati yang telah lama di dalam kejahilan. Namun aku senantiasa berdoa moga-moga aku tidak lalai seperti dulu.
Kini semakin aku mendalami ilmu-ilmu bagaikan tidak cukup, ianya seperti semakin mahu dan mahu dan mahu. Kadang-kadang aku terfikir mengapa dahulu aku tidak mengambil berat tentang semua ini, mengapa? Sebelum aku mengundur diri marilah sama-sama kita renung sejenak Surah Al-Qiyamah:

Surah Al-Qiyamah (Hari Kiamat)
Bismillahi al-Rahman al-Rahim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani).
75-1:  Aku (Allah) bersumpah dengan hari kiamat.
75-2:  Dan Aku (Allah) bersumpah dengan “nafsu lawwamah” (jiwa yang amat menyesali dirinya sendiri).
75-3:  Apakah manusia mengira, bahawa Kami (Allah) tidak akan mengumpulkan tulang belulangnya?
75-4:  Bahkan Kami (Allah) berkuasa menyempurnakan jari-jemarinya dengan sempurna.
75-5:  Bahkan manusia itu hendak membuat maksiat terus menerus.
75-6:  Dia bertanya: “Bilakah hari kiamat itu?”
75-7:  Maka apabila mata terbelalak.
75-8:  Dan apabila bulan hilang cahayanya.
75-9:  Dan matahari dan bulan dikumpulkan.
75-10:  Pada hari itu manusia berkata: “Ke mana tempat lari?”
75-11:  Sekali-kali tidak! Tidak ada tempat berlindung!
75-12:  Hanya kepada Rab (Tuhan) engkau sahajalah pada hari itu tempat kembali yang kukuh.
75-13:  Akan diberitahukan kepada manusia pada hari itu apa yang telah dikerjakannya dan apa yang dilalaikannya.
75-14:  Bahkan manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendiri1.
75-15:  Meskipun dia mengemukakan berbagai keuzuran.
75-16:  Maka janganlah engkau menggerakkan lidah engkau kerana hendak bersegera dengannya.
75-17:  Sesungguhnya atas Kami (Allah) mengumpulkannya dan membacanya.
75-18:  Maka apabila Kami (Allah) telah selesai membacakannya maka ikutilah bacaannya itu.
75-19:  Kemudian sesungguhnya atas Kami (Allah) penjelasannya.
75-20:  Sekali-kali tidak! Bahkan kamu mencintai yang cepat (kehidupan dunia).
75-21:  Dan meninggalkan akhirat.
75-22:  Wajah-wajah (orang Mukmin) pada hari itu berseri-seri.
75-23:  Kepada Rab (Tuhan)nya (mereka) melihat.
75-24:  Dan wajah-wajah (orang kafir) pada hari itu muram.
75-25:  Dia mengira akan ditimpakan kepadanya malapetaka yang amat dahsyat.
75-26:  Sekali-kali tidak! Apabila (nafas) telah sampai ke kerongkong.
75-27:  Dan dikatakan: “Siapakah yang dapat menyembuhkan?”
75-28:  Dan dia menyangka sesungguhnya itulah waktu perpisahan.
75-29:  Dan bertaut betis (kiri) dengan betis (kanan)2.
75-30:  Kepada Rab (Tuhan) engkau pada hari itu tempat kembali.
75-31:  Maka tidaklah dia membenarkan dan tidaklah dia solat.
75-32:  Tetapi dia mendustakan dan berpaling.
75-33:  Kemudian dia pergi kepada ahlinya dengan sombong.
75-34:  Kecelakaanlah bagi kamu dan kecelakaanlah.
75-35:  Kemudian kecelakaanlah bagi kamu dan kecelakaanlah3.
75-36:  Apakah manusia mengira, bahawa dia akan dibiarkan begitu sahaja?
75-37:  Bukankah dia dahulu setitik mani yang ditumpahkan?
75-38:  Kemudian ia menjadi segumpal darah, lalu Dia (Allah) menciptakannya dan menyempurnakannya.
75-39:  Lalu Dia (Allah) menjadikan daripadanya sepasang, laki-laki dan perempuan.
75-40:  Bukankah yang demikian berkuasa menghidupkan yang mati?
Nota:
  1. Anggota-anggota badan manusia menjadi saksi terhadap pekerjaan yang telah mereka lakukan seperti tersebut dalam surah an-Nur ayat 24.
  2. Kerana hebatnya penderitaan di saat akan mati dan ketakutan akan meniggalkan dunia dan menghadapi akhirat.
  3. Kutukan terhadap orang kafir ini diulang-ulang sampai empat kali.