Assalamualaikum...

First of all...welcome to my new blog..
Just started in blog-ing..
One of the reason I make this blog is..I want to use my blog as medium to spread my propaganda about Islam..
I want people to know that Islam is for All...
If God will, I want to be a Hafiz of Quran..Aminn
"Once Allah give us air..it's benefits us thousand years..
Once we believe Islam..Heaven is the promise from Allah for us.."

About Me

My photo
Nama diberi Muhammad Atiq Auji bin Mohd Azman.. Asal org pantai timur.. Harapan yang memang nk sangat dari dulu..Hafiz Al-quran..Amin.. Still sekolah lagi at SMK Pandan Indah..xterkenal pun,but it has thousand memories for me..I'm Mr Debator ok..haha.. Just pass my PMR..n have a good result..Study now for SPM..anything to ask me,just ask me...

Sunday, 24 July 2011

Erti Doa 4 Sofea..

Assalamualaikum..Untuk pertama kalinya dan buat selama-lamanya..Jom kita semua mengucap 'Alhamdulillah' sebab hari ni kita masih lagi dipilih oleh Allah untuk menghirup oksigen Allah yg mana xternilai harganya..Jom baca..

Sofea masih lagi seorang anak kecil. Umurnya lapan tahun. Kami mengajarnya untuk sentiasa berdoa dan menyebut alhamdulillah. Jika inginkan sesuatu, "berdoalah, nanti InsyaAllah Allah akan makbulkan".
Saya fikir kerana asuhan tersebut, beliau sering menyebut, "Alhamdulillah, Allah makbulkan doa Sofea."
Kini beliau selalu memberitahu guru dan kami, "Sofea suka pergi ke Madinah tetapi Sofea tidak pandai bahasa Arab. Mama, bolehkah Sofea bercakap bahasa Inggeris?"
Lalu kami memujuk beliau, "berdoalah supaya Allah memudahkan Sofea belajar bahasa Arab. Nanti cepat pandai. Sebelum pergi, ayah akan minta cikgu ajar Sofea betul-betul."
Dalam kebanyakan kes, kami mencipta "sesuatu yang luar biasa" apabila beliau mahukan sesuatu. Misalnya, hari ini kami sekeluarga bercuti di sekitar Johor Bharu. Ia sudah dirancang buat sekian lama.
Sofea sayangkan abang Ngah (nota: sedang belajar di Penang) dan kakak Sara (nota: sedang belajar di Shah Alam). Beliau sering menyebut, "kalau abang Ngah adakan best...."
"Sofea berdoalah semoga abang Ngah dengan kakak sempat pulang untuk bersama-sama kita bercuti," saya dan Roza berulang-ulang berpesan kepadanya.
Dan itulah yang dilakukannya. Usai bersolat lima waktu beliau pasti berdoa. "Ya Allah, bagilah Abang Ngah balik untuk.....".
Selepas solat Asar – dalam perjalanan ke stesyen keretapi – saya bertanya beliau, "sofea minta doa untuk abang Ngah?"
Beliau mendiamkan diri. Kemudian menggelengkan kepala. Beliau tahu doanya tidak menjadi kenyataan.
Kami sudah mahu bertolak dan Abang Ngah dan Kakak Sara tidak muncul-muncul.
Akhirnya, apabila mereka menaiki gerabak, saya terdengar suara kuat berkata, "Abang Ngah..... Kakak......" Mereka berpelukan!
Dan apabila keadaan reda, kami ingatkan Sofea, "Allah makbulkan doa-doa Sofea".
Beliau tersengih dan berkata "Alhamdulillah".
(Nota: Di belakang tabir, saya telah mengaturkan agar anak-anak kami dapat berkumpul. Saya telah menempah tiket perjalanan Ekspress Rakyat bermula dengan Abang Ngah bertolak dari Butterworth, diikuti oleh kakak Sara di KL Sentral dan kami – Saya, Roza, Amirul dan Sofea – di Segamat.
Pegawai KTM nampak kegembiraan adik-beradik tersebut dan memutarkan tempat duduk supaya mengadap di antara satu sama lain. Ia peristiwa main-main tetapi sangat signifikan buat anak kecil bernama Sofea.)

Tuesday, 12 July 2011

~Ciri-ciri Pakaian Wanita Islam~


Pakaian itu mesti-lah menutup aurat , sebagaimana yang di-kehendaki syrari'at Islam

Tudung kepala, hendak-lah di-labuhkan sehingga ke-paras bawah dada.
Bersarung kaki / berstokin untuk menutup aurat bahagian kaki.

Pakaian tidak terlalu nipis, ketat dan sempit.

Warna pakaian suram atau gelap seperti kelabu, hitam, biru tua, hijau tua. Tidak boleh
berwarna-warni, berbunga-bunga menarik dan tabarruj.

Pakaian tidak di-kenakan wangi-wangian , kecuali ketika bersama suami di-rumah.

Tidak berhias-hias, bermake-up, bergincu bibir ketika keluar rumah, kecuali bersama suami di rumah. Juga tidak bergelang-jurai emas, ketika keluar rumah semacam hendak menunjuk-nunjuk.

Pakaian tidak menyerupai kaum lelaki ataupun wanita kafir / musyrik.

Jika keluar berjalan jangan-lah memakai kasut bertumit, sehingga berberbunyi keletok-keletok yang boleh mengganggu ketenteraman kaum lelaki.

Jika berjalan , jangan di-lenggang-lenggokkan badan serta gaya berjalan yang juga boleh mengganggu ketenteraman kaum lelaki.

Thursday, 30 June 2011

Tempahkan Saya Neraka Ye..

Saidina Ali bin Abi Talib ra. menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis lantas beliau datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis.
Baginda menjawab,
“Pada malam aku diisra’kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan pelbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis kerana menyaksikan mereka melalui siksaan yang sangat berat dan mengerikan siksanya.”
Puteri Rasulullah saw. kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.
Dalam perjalanan itu, Baginda diperlihatkan dengan 10 situasi wanita di dalam neraka, namun pada tulisan kali ini, kita perhatikan tiga keadaan siksaan yang dihadapi oleh para wanita di neraka Allah swt.
Pertama, wanita yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain (yang bukan muhrimnya).
Keduanya wanita yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah wanita yang berhias untuk dilihat lelaki lain (yang bukan muhrimnya) dan suka menceritakan aib orang lain.
Ketiganya, wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah wanita yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang lain melihat akan perhiasannya.
MasyaAllah begitu seriusnya siksaan yang bakal menimpa kepada wanita-wanita yang tidak bersungguh-sungguh menjaga kesolehannya. Sekiranya mereka sedar dan faham akan risiko yang bakal dihadapi di padang masyar kelak apakah akan ada wanita yang berani melanggar suruhan Allah swt. Namun realitinya masih ada wanita yang bersedia menempah neraka untuk dirinya.
Seorang kolumnis majalah Al Manar menceritakan satu kisah tragis yang berlaku pada musim panas di Kaherah Mesir. Musim panas di Mesir merupakan ujian yang cukup berat. Terutama bagi muslimah untuk tetap mempertahankan pakaian kesopanannnya. Terik dan panas berupaya menjadikannya menggadaikan akhlak dan akhiratnya.
Dalam sebuah perjalanan yang cukup panjang dari Kaherah – Alexandria dengan sebuah bas amat memenatkan. Terdapat seorang wanita muda berpakaian kurang sesuai sebagai seorang wanita muslim, dengan mendedahkan auratnya. Oleh kerana dia seorang sahaja yang berpakaian kurang sopan di dalam bas tersebit, lantas dia duduk dihujung kerusi berhampiran pintu keluar. Tentu saja dengan cara pakaian seperti itu mengundang ‘perhatian’ kalau atau dengan bahasa lain dibahasakan sebagai keprihatinan sosial. Seorang lelaki yang separuh tua yang kebetulan duduk berhanpirannya memperkatakan sesuatu kepada wanita itu. Lelaki tersebut menerangkan bahawa pakaian seperti itu boleh mengakibatkan sesuatu yang tidak baik pada dirinya. Di samping pakaian seperti itu juga melanggar aturan agama dan norma kesopanan.
Tahukah Anda apa respon wanita muda tersebut? Dengan perasaan tersinggungnya atas nasihat yang diterimanya dari lelaki tersebut maka dia mengekspresikan kemarahannya. Dia merasakan privasinya diganggu. Hak berpakaian menurutnya adalah hak peribadi seseorang. Lalu dia berteriak:
“Jika memang tuan mahu, ini pensel saya. Tolong tempahkan untuk saya, tempat di neraka Tuhan Anda!! Satu respon yang sangat mengejutkan, bukan sahaja kepada lelaki itu tetapi juga kepada semua penumpang yang lain. Dan lelaki itupun pun hanya mampu beristighfar. Dia terus menggumamkan kalimat-kalimat Allah.
Detik-detik berikutnya suasanapun hening. Beberapa orang terlihat kelelahan dan terlelap dalam mimpinya. Tidak terkecuali wanita muda itu. Hingga sampailah perjalanan dipenghujung tujuan, di terminal akhir bas Alexandria. Kini semua penumpang bersiap-siap untuk turun. Namun mereka terhalangi oleh wanita muda tersebut yang masih terlihat tertidur kerana dia berada dekat dengan pintu keluar.
“Bangunkan saja dia!” begitu kira-kira permintaan para penumpang.
Tahukah Anda apa yang terjadi? Wanita muda tersebut benar-benar tidak bangun lagi. Dia menemui ajalnya. Dan seisi penumpang bas tersebut terus beristighfar, menggumamkan kalimat Allah sebagaimana yang dilakukan lelaki yang duduk disampingnya.
Sebuah pengakhiran yang menakutkan. Mati dalam keadaan menentang Tuhan.
Seandainya setiap orang mengetahui akhir hidupnya….
Seandainya setiap orang menyedari hidupnya akan berakhir pada bila-bila saat pun…
Seandainya setiap orang takut bertemu dengan Tuhannya dalam keadaan yang buruk…
Seandainya setiap orang tahu bagaimana kemurkaan Allah…
Sungguh Allah masih menyayangi kita yang masih terus dibimbing-Nya.
Allah akan semakin mendekatkan orang-orang yang dekat denganNYA semakin dekat.
Dan mereka yang terlena seharusnya segera sedar… ambillah kesempatan untuk berubah saat masih ada peluang.

Thursday, 16 June 2011

TIADA LANGSUNG ISTILAH COUPLE DALAM ISLAM..


*Luangkan 5 minit utk baca ye..(^_^)
DIALOG ANTARA USTAZ DAN PELAJAR YANG DITANGKAP KHALWAT
Keterangan: Ikuti dialog oleh satu pasangan yang sedang berkhalwat tertangkap oleh seorang ustaz. Hayatilah intisari dialog ini, dan muhasabahlah diri kita masing-masing.
Pelajar: Kami tidak berzina!
Ustaz: Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.
Pelajar: Kami hanya berbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum adakah itu menghampiri zina?
Ustaz: Ya, perbuatan ini menjerumus pelakunya ke lembah perzinaan.
Pelajar: Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Ustaz: Hari ini, ya. Besok mungkin kamu kecundang. Kamu dalam bahaya. Jangan bermain dengan bahaya. Iblis dan syaitan akan memerangkap kamu. Sudah banyak tipu daya iblis yang mengena sasaran. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya amat halus. Ia telah menipu nenek moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Jangan pula lupa. Siapalah kita berbanding Adam dan Hawa? Ia ada lebih 1001 cara. Ingat pesanan Rasulullah S.A.W.: “Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan.” (Riwayat Tabrani). Syaitan akan menghembus perasaan berahi, kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.
Pelajar: Tidak semestinya semua orang bercinta menjurus kepada penzinaan. Ada orang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tak pernah bersua muka pun.
Ustaz: Betul. Itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka, tapi perasaan pasti bergelora. Lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti di situ sahaja, percayalah, ia akan berlanjutan dan berterusan. Tidakkah itu boleh membawa kepada penzinaan akhirnya?
Pelajar: Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itu zina juga ke?
Ustaz: Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan (berpegang-pegangan), ada zina mata (melihat kekasihnya dengan perasaan berahi). Melihat auratnya juga zina mata. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah S.A.W.: “Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman.” (Muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan dan lorong menuju kepada penzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang boleh membawa kepada penzinaan.
Pelajar: Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!
Ustaz: Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit dalam hati hamba-hambanya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekali pun, kalau tak diberkati Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup tidak bahagia, akhirat lebihlah lagi. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang yang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ini akan ditulis ibadat oleh malaikat Raqib dan Atiq?
Pelajar: Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni study group.
Ustaz: Study group? nampak macam lain macam saja. Manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Ke mana-mana pun berdua. Kalau ye pun carilah study group ramai-ramai sedikit. Kalau duduk berdua-dua macam ini.. betul ke bicang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!
Pelajar: Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.
Ustaz: Baik sungguh awak berdua. Takkan awak berdua tak perasan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan nafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.
Pelajar: Kami sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
Ustaz: Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.
Pelajar: Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam islam untuk bercinta? Adakah islam membunuh terus naluri cinta?
Ustaz: Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang untuk membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Maka tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat pada nalurinya. Jangan jadi malaikat! kerana Allah ciptakan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri nafsu.
Pelajar: Tentu ada cinta secara Islam.
Ustaz: Cinta secara islam hanya satu iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab qabul; cinta lepas kahwin. Itulah cinta sakral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan agama kita, Islam. Apabila Islam melarang cinta antara lelaki dan wanita sebelum kahwin, ia membawa kepada sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan. Sabda Rasulullah S.A.W.: “Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah.” (Ibni Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia terlalu mulia.
Pelajar: Kalau begitu, cinta semua menghampiri kepada penzinaan?
Ustaz: Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian aturkan pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru. Bukankah mereka semakin hampir dan dekat dengan penzinaan? Penghujung jalan cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda seekor nyamuk sekalipun!
Pelajar: Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat, tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.
Ustaz: Allah menciptakan manusia. Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu, Allah memerintahkan supaya diri menjauhi perkara yang ditegah. Takut manusia kecundang.
Pelajar: Jadi manusia itu tak tahan diuji?
Ustaz: Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak awal penciptaan manusia, Allah telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan dengan ujian walaupun kecil. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya jangan makan buah Khuldi dalam syurga. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tak tahan diuji. Oleh itu, Allah berpesan pada Adam dan Hawa, jangan hampiri pokok Khuldi. Firman Allah S.W.T.: “Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya, apa sahaja yang kamu berdua sukai dan jangan hampiri pokok ini, (Jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari orang-orang yang zalim.” (Al-A’araf:ayat 19). Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah Khuldi. Tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa. Jika menghampiri perkara yang ditegah, takut nanti mereka akan memakannya kerana mereka tidak dapat mengawal diri. Demikianlah dengan zina. Ditegah zina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan penzinaan, kedua-duanya kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.
Pelajar: Tetapi cinta lepas kahwin banyak masalah. Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenali hati budi pasangan sebelum membuat keputusan sebelum berkahwin.
Ustaz: Boleh percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing-masing akan berlakon dengan watak yang terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan pelbagai lagi. Masa bercinta adalah alam lakonan semata-mata. Masa bercinta, merajuk ada yang akan pujuk. Jangan haraplah lepas kahwin bila merajuk ada yang memujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, sabar tunggu pasangan terlambat berjam-jam. Tapi bila dah kahwin lewat 5 minit dah kene tengking. Jadi, perwatakan masa bercinta adalah suatu kepuraan yang hipokrit.
Pelajar: Percayalah kami bercinta demi merancang kebahagiaan hidup nanti.
Ustaz: Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambanya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang akan menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu jika jalan mencapainya tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan cinta sebegini. Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai, cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah memulakannya pun sudah canggung. Bagaimana kesudahannya?
Pelajar: Tanya sikit adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke? Ganti bercinta.
Ustaz: Semua itu adalah perangkap syaitan. Hakikatnya sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tapi isinya sama. Adik, abang, kakak angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dalam budaya “angkat” ini sebenarnya telah masuk ke dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan.
Pelajar: Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri?
Ustaz: Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Sebab ukuran manusia sering berbeza-beza. Orang yang sedang mabuk bercinta mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan apa-apa maruah dirinya. Manakala bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran maruah atau tidak ditentukan oleh Allah.
Pelajar: Adakah orang yang bercinta hilang maruah?
Ustaz: Antara kemuliaan manusia ialah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka sedang menghampiri penzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina juga. Mereka tidak layak untuk berkahwin dengan orang yang beriman. Allah berfirman: “Lelaki yang berzina(lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula(lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik.Dan perkahwinan yang demikian terlarang kepada orang-orang yang beriman.” (Surah an-Nur:Ayat3). Jadi orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.
Pelajar: Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang pernah bercinta?
Ustaz: Itulah pasangan yang layak untuk dirinya kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.
Pelajar: Kami telah berjanji untuk sehidup semati.
Ustaz: Apa yang ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.
Pelajar: Masihkah ada orang yang tidak bercinta pada zaman ini?
Ustaz: Ya, masih ada orang yang suci dalam debu. Golongan ini sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah S.W.T.: “Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina) Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.” (Al-Ahzab:ayat 35).
Pelajar: Bagaimana kami?
Ustaz: Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.
Pelajar: Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkan bagaimana taubat nasuha.
Ustaz: Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi 3 syarat:
1.Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
2.Menyesal. Menginsafi diri atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
3.Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah setelah ijab Kabul.
Pelajar: Ya Allah. Hambamu telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau jagaku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa kucurahkan kasihku kepada orang lain. Oh tuhan, hambamu yang berdosa. Amin, Ya Rabb.
Ustaz: Moga Allah terima taubatmu.
Pelajar: Kita berpisah kerana Allah, kalau ada jodoh tidak ke mana.
Ustaz: Ya Allah, bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintuMu, mencari redhaMu, terimalah taubat mereka.
Dipetik daripada Kalam Ukhwah,
Syukbah Penerbitan dan Risalah Perdana,
Kolej Matrikulasi Melaka

Saturday, 11 June 2011

Hadir Walimatus Urus jatuh hukum WAJIB jika...

i) Yang dijemput itu bukan khusus kepada orang yang kaya sahaja.

ii) Di dalam majlis walimah tersebut, tidak ada seorang pun terdiri dari musuhnya.

iii) Didalam majlis walimah itu, tidak ada perkara yang mungkar dan maksiat seperti arak, judi dan joget.

iv) Tiada bercampur gaul didalam majlis itu dengan perempuan-perempuan yang bukan mahramnya.

v) Tiada bersamaan atau bertembung dalam majlis tersebut dengan tetamu yang bukan Islam.

vi) Peralatan makan dan minum tidak daripada barang yang diharamkan seperti emas, perak dan sutera.

vii) Tidak diketahui akan wang perbelanjaan itu dari yang haram.

viii) Jika dijemput datang pada majlis walimah tersebut selama 2 hari berturut-turut, maka hanya wajib datang 1 hari sahaja.

ix) Yang menjemput itu dan yang dijemput itu adalah beragama Islam.