Assalamualaikum...

First of all...welcome to my new blog..
Just started in blog-ing..
One of the reason I make this blog is..I want to use my blog as medium to spread my propaganda about Islam..
I want people to know that Islam is for All...
If God will, I want to be a Hafiz of Quran..Aminn
"Once Allah give us air..it's benefits us thousand years..
Once we believe Islam..Heaven is the promise from Allah for us.."

About Me

My photo
Nama diberi Muhammad Atiq Auji bin Mohd Azman.. Asal org pantai timur.. Harapan yang memang nk sangat dari dulu..Hafiz Al-quran..Amin.. Still sekolah lagi at SMK Pandan Indah..xterkenal pun,but it has thousand memories for me..I'm Mr Debator ok..haha.. Just pass my PMR..n have a good result..Study now for SPM..anything to ask me,just ask me...

Monday, 6 June 2011

Diari Umrah UAQ

Assalamualaikum..

Bismillah..

9 April 2011..
Alhamdulillah xtercakap dgn apa yang telah diberi pada diri ini,disaat umur baru meniti tangga ke-16 tapi sudah diberi rezeki buat kali kedua untuk menjejakan kaki di bumi Allah..Makkah.
In this diari,ana xakan bercerita from one day to one day..but,I will talk about the whole journey.
This time pergi dengan airlines Bangladesh,never mind lah xkesah sgt..janji selamat pergi dan pulang.

12 April 2011..
Hari nie 1st day tiba di Madinah. Our group pergi Madinah dulu.Never mind,blh ziarah Rasulullah. Sampai je kt Madinah time tu baru nak msok zohor check-in je hotel,terus pergi Masjid Nabawi. Sedih ble dpt tgk kubah hijau. Mata xhabis2 mencari-cari makam Nabi Muhammad. Nak masuk pun ssh ramai org. Alhamdulillah mlm 2nd day time wat ziarah ke Raudhah, ana dpt jugak masuk Raudhah walaupun ramai org. Yang lagi xtercakap bile polis arab yang jage makam Nabi Muhammad tu tarik ana duk baris dpn skali means menghadap makam Nabi. Allah,xde siapa yang tahu perasaan dalam hati ini.
After few days, we just have our ziarah n waiting to go to Makkah.
*Sorry,lupe tarikh sampai Makkah..

Today,finally smpi jugak kat Makkah..tpi tkot cket sbb ramai sgt org wlaupun bukan bulan puasa mcm ana pergi dulu.Tapi,xpe nie semuanye ujian Allah. This time pun hotel jauh dari Masjidil Haram. Mungkin ini ujian pertama Allah for us. Just take it with open heart. Time tu smpi Makkah waktu malam dkt kul 12. Before that,kte org dh pon berada dlm ihram,so kne jaga pantang larang..byk pantang larang. Sampai je kt hotel,check in terus n tgk bilik..Alhamdulillah,bilik selesa utk kami 4 org for one room..Letak beg then makan jap lepas tu tros gather blik dkt lobi hotel. Dalam kul 1,we started our journey to Masjidil Haram..mlm tu sunyi,maybe rmi dh tido..Jelas terpancar dkt muka my Family,betapa excitednye dye org..that's happen to me when first time arrived Makkah..Dalam 10 minit berjalan,sampai pun dkt Masjidil Haram.

Masuk je Masjidil Haram, semuanye berubah muka.ada yang menitiskan air mata..Ana faham ape yg dye org rasa...Nampak saja Kaabah, sume angkat tangan berdoa tanda syukur pada Allah, sebab akhirnya dyeorg smpi pon di Baitullah..Turun tangga n terus perform Umrah..Sebagai seorang yang dh ade pengalaman,ana sikit-sikit membantu semoga ibadat mereka berjalan lancar..After habis tawaf, terus solat sunat n Sa'ie..


ARWAH TOKKI..
Memang xpercaya bile time tgh jalan dalam Masjid Haram...ternampak seorng nie,wajah dye xubah mcm muke Arwah Tokki..Maybe,tu just jelmaan or pelanduk dua serupa. Lagipun,trip umrah nie sebenarnya,Arwah Tokki join skali..tpi,Allah syg dye dulukan...xpe,kite redha je la...Minta2 Tokki sentiasa dipayungi rahmat oleh Allah dan aman disana..Al-fatihah..

AZAN..
Time tu time Maghrib, dalam perjalanan dari melawat Masjid Hudaibiyah, we all stop dkt Muzium Kaabah,tapi xdpt msok cuz dh dkt maghrib..so,we just straight go to masjid yg ade dkt kt situ..rupenye,masjid tu mcm masjid U...besar sgt2...luas gila..dgn sejuknye..tapi,xde org sgt..Sampai tu,masok teros lah nmpk ade saf2 dpn kosong,masok r mencelah..n Solat Sunat...abes solat sunat berborak jap dgn org Iran nie...biase2 lah..ana pun wat la taaruf dgn dye..tibe2,ade org nie tepok bahu suh g depan...ana pun pergilah duk saf pertama..lps tu dye kte QIYAM..QIYAM..Rupa-rupanya dye suh azan..tanpa fikir ape2,ana azan lah...Allah,xtau nk ckp ape time tu..bersyukur sgt2...dahla azan mcm Masjid Besar,dgn speaker dye..Bayangkanlah, selama nie asyik azan version Arab jew kt sne..nie,tibe2 jew azan versi Jawi(Malaysia)..xke pelik...Allah hu Rabbi...

SAF DEPAN..
Dalam beberapa hari sebelum balik, ana just perform solat subuh,zohor and asar dkt surau berdekatan dengan hotel.Yang orng ckap solat dpt 100 ,000 pahala tu sebenarnya kite dpt ganjaran tu selagi kte solat di tanah Haram yang berbeza dgn solat di Masjidil Haram kita dpt lihat Baitullah..so,Maghrib ana solat kt Masjidil Haram then biasanya lepas Maghrib terus buat tawaf sunat.Tapi,time tu ana sorg2 jew sbb dh brani cket n dh hafal selok belok jalan Makkah..Tapi,rasa gembira dan langsung tak terkata-kata sebab 3malam sebelum balik,ana dpt Solat Isyak berjemaah dkt saf dpn..ade satu masa dpt solat betul2 blkng Imam dye..xtercakap langsung..Alhamdulillah

Sebenarnye,ada banyak lagi yang terjadi disana..tapi,yg nie sahaja boleh dikongsikan bersama..

Assalamualaikum..

Sunday, 5 June 2011

Dont worry kalau belum COUPLE...

USAH RISAU JIKA DIRI BELUM BERPUNYA..mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita.
Resah.Gelisah.Seraut wajah termenung jauh.”Orang lain semua dah kahwin,tinggal aku sorang saja”.
Sekeping hati bermonolog.Monolog itu disusuli tujahan prasangka.”Aku x cantik ke?” “Aku kurang bergaya ke?” “Ataupun pasal gaji aku tak seberapa?” “Aku tak pandai meng’ayat’ agaknya”. Mungkin begitulah kerisauan yang memberat di minda muda mudi yang belum berpunya.
Rasa rendah diru,stress dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dan memiliki seseorang tanpa mengenal batas halal dan haram.Yang penting,dapat. Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta.
Pilu kerana walaupun mereka sudah merasai peritnya penangan cinta dusta,mereka masih tak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki.Tidak serik-serik lagi.Diri diperhamba menagih cinta sementara hingga berkonflik dengan Pencipta cinta.Semua batasan-Nya diredah segala.Tak kenal dosa pahala.

Oh,remaja! Cinta sebelum kahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina.Jika mampu bertahan ke jinjang pelamin sekalipun,percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat.Apa tidaknya,asasnya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang taqwa yang utuh kecuali dinaik taraf dengan taubat.
Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar.Semuanya dah dirasa dan terbiasa,nak rasa nikmatnya apa lagi?Anak-anak menjadi mangsa.Terimalah ia sebagai hukuman di dunia.Amat pedih.
Namun,terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.Kuhembus nasihat ini kepadamu hai remaja tanda sayangku tak terhingga.Bagi para gadis yang belum berpunya,andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan,yakinlah.
Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita.Usah peningkan kepala.Dia menguji anda sedikit masa lagi.
Sunyi? ALLAH bersama kita setiap masa...
Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya,” first thing first”.Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting.Kenali prioriti anda sekarang.Jika memang dah sampai saat nak memiliki,tabahlah dan teruskan berusaha.Ingat,pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan bersedia.

Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya.Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran.Jangan putus asa.Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah ditolak.Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya.Teruskan berusaha!


Ingat,usaha yang Allah  redha sahaja.Bagaimana?Dengan sms siang malam?Atau bergayut di telefon memanjang?Atau ajak keluar,belanja makan?Begitukah? Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu,itu tips memikat wanita solehah dan beriman.Seabik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.

Seringkali,seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi.Pepohon berduri sanggup diredah,curam dan jurang sabar ditempuh.Namun,apabila dia memilikinya,didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma.Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk al-Quran dan Sunnah.

Beringatlah,urusan jodoh tak ke mana.Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita.Ianya urusan yang pasti.Apa yang tak pasti,sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya.Wallahu’alam.


Cinta selepas kahwin lebih bahagia

Hingga Titisan yang Terakhir..

Pada satu kemalangan dahsyat di lebuh raya yang melibatkan sebuah kereta, sepasang suami isteri dan seorang bayi. Kereta yang dinaiki mereka telah hilang kawalan lalu terbabas ke pembahagi jalan dengan hentaman maksima. Kereta remuk sepenuhnya.
Di tempat duduk pemandu, si suami telah terkulai, badannya terlungkup pada stering dia mati dengan kecederaan teruk pada tubuh dan kepalanya.

Di sebelahnya pula si isteri sedang bergelut dengan kematian, tubuhnya tersepit di situ terkapit di antara tempat duduk dengan keluli pejal kemek seperti ragum maut yang menggigit rapat.
Alangkah sukarnya saat itu, pada pipinya tertusuk-tusuk kaca cermin hadapan yang pecah, sedang kulit dahinya terkoyak sehingga menampakkan putih tulang tengkoraknya kesan tujahan keras dan hantukan kuat semasa titik hentaman berlaku. Tulang bahu kanannya pula patah , tulang itu tercungkil keluar mengoyakkan daging dan kulit bahunya, tangannya terkulai.
Pada saat ini ketika darah merah pekat mencucur keluar dari tubuhnya dan kesakitan tidak mampu dibayangkan dengan kata-kata, dengan isyarat longlai dia meminta pada bomba untuk diberikan padanya anaknya yang terselamat, bayi itu masih dalam bedungan sedang menangis kuat .
Si Ibu dengan lelehan air mata bercampur darah, dalam tangisan pilu penuh sayu mendakap anaknya seakan tidak mahu berpisah dengan jantung hatinya.
Dalam seribu kepayahan, si ibu pada saat itu menyingkap bajunya dan menyusukan anaknya. Dalam saki baki nafasnya itu ia memeluk anaknya, merangkul erat dan disuapkan lautan kasih sayang dalam aliran air susunya kepada mulut comel yang rakus menyusu.
Kasih ibu seputih susu sebening firdausi. Dalam nafas sukar itu dada si ibu berombak-ombak, nafasnya tersekat-sekat…sesaat kemudian dia memejamkan matanya yang menangis, roh berangkat pergi buat selama-lamanya.
Meninggalkan anaknya bersama tangisan memanjang dalam episod kasih yang tidak kesampaian….

10 Barang yang tidak mampu dibeli...

Sesungguhnya, Imam Shafie telah berkata bahawa, sebanyak mana duit yang kamu ada, kamu tidak akan mampu untuk membeli 10 perkara iaitu..

1. Waktu..
Waktu, Masa, Time.. Setelah 24 jam berlalu pergi,maka tidak ada apa pun yang boleh mengembalikan ianya semula.. Apa yang kita telah lakukan juga tidak boleh diubah semula. Apa yang kita lakukan akan dipertontonkan kembali di Padang Mahsyar kelak..

2. Kebahagiaan..
Duit langsung tidak mampu untuk menjamin kebahagiaan kita, Ya betul,ada yang mengatakan kalau ade duit,ianya dapat bahagiakan kita dengan beli rumah besar,kereta dan sebagainya. Tapi,adakah duit itu mampu menjamin kebahagiaan di akhirat?..fikirkan

3. Kebahagiaan Anak
Untuk membelikan makan dan pakaian yang bagus – bagus untuk anak tercinta memang membutuhkan wang yang banyak. Tapi anda tidak bisa menggunakan wang untuk memberi rasa aman, tanggung jawab, sikap yang baik serta kepandaian pada anak anda. Hal ini merupakan buah dari waktu dan perhatian yang anda curahkan untuk mereka dan hal – hal baik yang anda ajarkan. Wang memang membantu kita memenuhi aspek pengasuhan, tapi waktu telah membuktikan bahwa kebutuhan dasar tiap anak adalah berapa banyak waktu yang diberikan orangtuanya, bukan orangnya.


4. Cinta
Cinta tidak bisa dibeli dengan wang, akuilah hal ini benar. Memang dengan wang kita bisa membuat orang tertarik, tapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, berbagi pengalaman dan kesempatan untuk berkembang bersama. Itu sebabnya banyak pasangan yang menikah kerana wang, tak bertahan lama


5. Penerimaan
Untuk diterima oleh lingkungan pergaulan, Anda tak perlu wang. Bila Anda ingin diterima, fokuskan energy Anda untuk membuat diri Anda berharga bagi lingkungan sekitar dengan menjadi teman dalam suka dan duka.


6. Kesihatan
Kita butuh wang untuk membiayai kos rawatan dan membeli ubat, tapi wang tak bisa menggantikan kesihatan yang hilang. Itu sebabnya pepatah "lebih baik mencegah daripada mengubati" sebaiknya kita terapkan dalam diri. Mulailah berolahraga, berhenti merokok, dan banyak hal lain yang pasti sudah Anda tahu.


7. Kejayaan
Beberapa orang memang ada yang mencapai kejayaan dengan menyuap, tapi ini adalah pengecualian. Kejayaan hanya berasal dari kerja keras, kemahuan, dan sedikit kejujuran. Ada aspek kecil dari usaha menuju kejayaan yang bisa didapatkan dengan wang, misalnya mengikuti pelatihan atau membeli peralatan, tapi kejayaan lebih banyak berasal dari usaha yang Anda lakukan sendiri.


8. Bakat
Kita dilahirkan dengan bakat tertentu. Dengan wang, yang boleh kita lakukan adalah mengasah bakat tersebut, misalnya belajar muzik. Namun para ahli mengatakan, untuk menjadi ahli yang professional bagi sesuatu bidang,kita esti mempunyai bakat dan bukannya membuat-buat bakat.


9. Sikap yang baik
Banyak orang yang kaya-raya tapi sikapnya kasar dan ucapannya sinis. Ramai orang sederhana yang tutur katanya sopan dan menunjukkan rasa hormat pada orang lain. Jadi, jumlah wang yang dimiliki bukan penentu sikap atau manner seseorang.


10. Kedamaian
Bila wang bisa membeli kedamaian, barangkali kita masih belum mendengar tentang perang. Justeru, yang sering terjadi sebaliknya, wang lah yang menjadi sumber pertikaian dan permusuhan.

Wanita..Anugerah Terhebat Di Mata Islam...



Sebelum baca nie..play dulu lagu nie...

Bismillah..

Adapun dibawah ini adalah 54 sebab Wanita itu Indah dimata Islam...

1. Doa wanita lebih maqbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda : "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.

3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

5. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

6. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.

7. Tidaklah seorang wanita yang haidh itu, kecuali haidhnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidhnya membaca "Alhamdulillahi 'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa." ; maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan AllahTa'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.

8. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga.

9. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua 
anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggung jawab, maka baginya adala syurga.Daripada Aisyah r.ha. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

10. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

11. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

12. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

13. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan meredhainya. (serta menjaga sembahyang dan puasanya)

14. Aisyah r.ha. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ?" Jawab baginda, "Suaminya" "Siapa pula berhak terhadap lelaki ?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Ibunya".

15. Seorang wanita yang apabila mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan (Ramadhan), memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari pintu mana saja yang dia kehendaki.

16. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

17. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

18. Dua rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

19. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

20. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

21. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

22. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

23. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

24. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

25. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), makamalaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

26. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

27. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila diahiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

28. Apabila seorang wanita mencucikan pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatkannya seribu darjat untuknya.

29. Seorang wanita yang solehah lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu neraka dan dibukakan baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa dihisab.

30. Mana-mana wanita yang menunggu suaminya hingga pulanglah ia, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangan padanya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana mencari keredhaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suaminya sebagaimana memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat kelak, Allah kurniakan Nur hingga tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke mertabat itu melainkan Nabi-nabi.

31. Tidakkan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siangdan malamnya menggembirakan suaminya.

32. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di pandang Allah dengan penuh rahmat.

33. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

34. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

35. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

36. Dari Hazrat Muaz : Mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api,maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka.

37. Thabit Al Banani berkata : Seorang wanita dari Bani Israel yang buta sebelah matanya sangat baik khidmatnya kepada suaminya. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suaminya, dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada keesokkannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat (kemuliaan pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya).

38. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "Adakah kamu menyembahyangkan mayat?" Jawab mereka, "Tidak" Sabda Baginda "Seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.

39. Wanita yang memerah susu binatang dengan 'Bismillah' akan didoakanoleh binatang itu dengan doa keberkatan.

40. Wanita yang menguli tepung gandum dengan 'Bismillah', Allah akan berkatkan rezekinya.

41. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

42. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan mebinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak diantara parit itu ialah sejauh langit dan bumi."

43. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utus benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

44. "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat."

45. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

46. "Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya,menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."

47. Sabda Nabi s.a.w. : "Ya Fatimah barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman- taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."

48. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

49. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

50. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat,tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

51. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

52. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya,cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

53. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggirangkan engkau, jika engkau memerintah ditaatinya perintah engkau (taat) dan jika engkau berpergian dijaga harta engkau dan dirinya.

54. Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Saturday, 4 June 2011

Kisah Aurat dan Wanita..

Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat?
Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu.
Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.
1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.

“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu
juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”

Nur Kasih The Movie..


Talk about this movie...rasanya filem nie terbaik ooo..dri 5 bintang bgi 4 setengah la...
Serius xsia2 mengikuti drama dia dulu...banyak pengajaran from this story...Congrats to Tuan Director for this great movie...